Saturday 1 October 2011

Aaron Aziz, ‘the Family Man’

this article was writing on  September 13, 2011

Aaron Aziz adalah pilihan panas masa kini dan digilai ramai wanita kerana bakat dan penampilannya itu.
Tetapi satu perkara menarik tentang Aaron ialah dia adalah seorang family man.
Dia, isterinya, Diyana Halik dan tiga orang anaknya telah muncul sebagai penghias muka hadapan majalah Mingguan Wanita yang terbaru.

Dia telah berlakon dengan ramai wanita-wanita jelita, antaranya Maya Karin, Neelofa, Fazura, Siti Saleha dan  Nur Fathia (sekadar menyebut beberapa nama)  tetapi Aaron tampak seorang yang setia pada yang satu. Aaron turut memuji Diyana yang menurutnya banyak berkorban untuk keluarga dan tidak berehat.
“Saya beruntung kerana mempunyai isteri seperti Diyana. Dia bukan sahaja pasangan hidup saya tetapi juga ibu kepada anak-anak saya, pengurus, konsultan dan segala-galanya kepada saya. Dia jugalah tempat saya mengadu dan memberi motivasi. Bagi saya, Diyana adalah seorang wanita yang kuat kerana jika saya perlukan rehat, saya hanya perlu katakan pada nya tetapi Diyana sendiri tidak pernah berehat daripada tugas-tugasnya sebagai isteri dan ibu.
Yang  menarik juga ialah Diyana juga tidak kisah Aaron berlakon dengan wanita jelita dan bersikap romantik dalam filem dan drama lakonannya.
Aaron dan Diyana sudah berkahwin sejak 2003 dan rasanya ia adalah satu perhubungan yang berteraskan kepercayaan antara keduanya.
Aaron juga baru-baru ini mengaku yang dia telah menjual semua asetnya di Singapura kerana ingin menjadi warganegara Malaysia dan dia juga mengimpikan isterinya untuk bertudung suatu hari nanti.

credit to Meow

Regard & lots love 
Iswa 
Admin Team Aaronators Fc

No comments:

Post a Comment