“Saya terkejut & terharu dengan sambutan yang diberikan oleh penonton terhadap KL Gangster. Jujur cakap, ini pertama kali saya menonton lakonan saya sebanyak 3 kali, beli tiket sendiri. Dan paling istimewa, ibu saya turut berminat nak menonton filem aksi ini & pada saya itu memang satu kejutan yang tak ternilai,” kongsi Aaron Aziz yang ditemui ketika pelancaran drama terbaru, Stanza Cinta di Sri Pentas, hari ini.
Kata Aaron lagi, “filem action pack jarang diterbitkan di pasaran, namun KL Gangster berjaya menambat hati peminat tanpa bantuan CGI atau disaratkan dengan kisah cinta.”“Mengenai surat bantahan terhadap drama Nora Elena, saya memang ada baca surat tersebut. Saya dapat tahu yang ramai wanita inginkan lelaki seperti Seth Tan. Pada saya, itu cuma sebuah watak yang dimainkan dalam drama. Saya harap janganlah para isteri diluar sana menggunakan Seth Tan, atau Aaron Aziz sebagai contoh terhadap suami. Saya tak nak menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga orang lain pula. Apa pun, saya harap penonton take a good side & enjoy menonton drama tersebut,” ujar Aaron memberikan penjelasan mengenai Nora Elena.Selepas kejayaan memegang watak Seth Tan dalam drama Nora Elena, lakonan mantap Aaron Aziz makin diminat ramai. Drama Stanza Cinta arahan Along Kamaluddin telah pun bersiaran pada hari Ahad yang lepas (19 Jun 20111) jam 9 malam, di Tv3. Drama 13 episod ini diadaptasikan daripada novel tulisan Nurull Halawati yang mengisahkan kisah cinta tiga segi di antara Amni Sorfina (Nur Fathia), Irfan Kamal (Aaron Aziz) & Taufiq (Fizz Fairuz).
credit to ohbulan
Regard & lots love
Iswa
Admin Team Aaronators Fc
No comments:
Post a Comment